MALU ITU PERLU

>> Wednesday, April 28, 2010





Matahari kian memancarkan sinar bersama bahangnya ke segenap pelusuk.Untuk kesekian kali pada hari ini manusia berkejaran mencari sesuap rezeki.Saya menuruni anak tangga bas setelah sampai diperhentian yang akhir setelah tamat kuliah dari universiti.Kelihatan ramai manusia di mujamma’(perhentian bas) sibuk dengan urusan tersendiri.Ada yang berjalan sambil bercakap melalui talifon di telinga dan ada juga yang berlari-lari hingga terlanggar orang lain ditepi jalan.Masing-masing sedang kalut dengan kerja yang perlu diselesaikan untuk hari ini.

Saya yang baru sahaja turun dari bas terus memandang kearah matahari sambil meletakkan tangan diatas dahi,jelas terbias sinar cahayanya yang terang menyilau mata.

“Subhanallah,panas jugak hari ini”.Memuji kehebatan penciptaan allah akan matahari yang amat penting kepada seluruh alam termasuk juga manusia.

Saya melangkah menuju keseberang jalan.Kelihatan dua orang gadis arab sedang bersembang dengan seorang pemuda.”Barangkali student jamiah ni jugak”.getus dihati.

Kadang sekali terdengar gelak ketawa dari gadis itu bersama gayanya yang sedikit tidak sopan.Udahlah pakaiannya yang menjolok mata dan tidak menutup aurat,berkelakuan begitu pula.Kesian !

Begitu juga dengan si pemuda tersebut.Seakan terkinja-kinja sahaja dihadapan gadis itu..Entah apa yang dibualkan juga saya kurang pasti.Hanya gelagat mereka yang kelihatan dari jauh bersama bunyi enjin kereta yang bergerak laju melintasi jalan.

“Kalau mereka ada sifat malu mesti diaorang tak bersembang macam ni dikhalayak ramai”.Saya hanya berbisik sendirian.Pentingnya sifat malu ini dimiliki oleh manusia agar dapat menjadi pendinding iman dari melakukan amal kemaksiatan kepada allah.

Malu itu satu keperluan !!.

Menurut Sirah para tabien,mereka amat memilki sifat seperti ini demi menjaga kehormatan dan diri sendiri,Lembaran sejarah para sahabat rasulallah mencatatkan pengajaran kepada kita semua selaku umat akhir zaman bahawa Saidina Ali Karramallahuwajhah tidak pernah melihat auratnya sendiri, apatah lagi melihat aurat manusia lain. Diriwayatkan dalam sebuah kisah ketika peperangan Uhud, sebagaimana tradisi peperangan dahulu mereka akan berlawan secara berdepan. Biasanya akan dimulai dengan perlawanan satu lawan satu di antara panglima kedua-dua belah pihak.

Maka dalam peperangan Uhud itu, pihak musuh telah menghantar wakilnya Talhah bin Uthman sebagai panglima yang akan mara kehadapan. Manakala pihak Islam pula diwakili oleh Sadina Ali KWH. Di awal perlawanan panglima kafir Quraisy telah mencabar tentera Islam.

“Wahai pengikut-pengikut Muhammad, kamu mendakwa bahawa pedang kamu akan membawa kami semua ke neraka, manakala pedang kami akan membawa kamu ke syurga. Adakah ada dari kalangan kamu yang mahu mencabar aku sehingga pedangku ini akan membawanya ke syurga atau pedangnya yang akan membawa aku ke neraka?!” Laung panglima itu.

Tanpa berlengah Saidina Ali KWH dengan berani menyahut cabaran itu.

“Demi Allah, aku tidak akan melepaskan kau sehinggalah pedangku ini menghantarmu ke neraka atau pedangmu menghantarku ke syurga!” Balas Saidina Ali KWH dengan lantang.

Sejurus kemudian, maka berlakulah pertempuran sengit di antara kedua panglima gagah yang mewakili kedua belah pihak. Jika mahu menilai dari segi usia, Saidina Ali KWH ketika itu masih muda berbanding panglima si Kafir. Namun, berkat kesungguhan dan semangat beliau untuk membela agama tercinta, dia akhirnya berjaya menumpaskan Talhah bin Uthman dengan memancung kakinya.

Serentak itu, Rasulullah SAW serta para sahabat bertakbir apabila melihat Talhah bin Uthman tersungkur ke bumi bersama keangkuhannya.

Akan tetapi, Saidina Ali KWH tidak jadi membunah panglima Quraisy yang menyembah bumi itu. Beliau lantas bertemu Rasulullah SAW. Maka berlakulah dialog antara baginda Rasulullah SAW dan Saidina Ali KHW.

“Kenapa engkau tidak membunuhnya wahai Ali?” Tanya Rasulullah SAW.
“Ya Rasulullah SAW, sewaktu aku ingin membunuhnya, aku ternampak auratnya terbuka. Lantas aku berpaling darinya dan aku malu untuk mendatanginya buat kali kedua.” Jawab Saidina Ali KHW merungkai persoalan.

Terpaku sejenak saya membaca kisah itu. Diam membisu.

Betapa hebatnya tarbiyyah yang Rasulullah SAW ajarkan kepada para sahabat dalam melahirkan generasi yang mempunyai akhlak yang mulia sehinggakan ketika bertempur di medan perang juga masih faham harga diri dan erti apa itu rasa malu. Mereka itu lebih berani dari kita dan lebih malu dari kita bagai langit dengan bumi jaraknya!

Turut tercatat dalam kanvas sirah, ketika mana musuh mahu menyelamatkan diri daripada dilibas mudah oleh Saidina Ali KHW, mereka akan menyelak aurat masing-masing agar tidak jadi dibunuh. Begitu juga kisah mengenai Amru bin Al-‘As r.a membuka auratnya semasa berlaku peperangan Siffin untuk mengelak dirinya daripada dibunuh oleh Saidina Ali KHW.

Ibnu Ishak menceritakan bahawa ketika mana Saidina Ali KHW memandikan jenazah baginda Rasulullah SAW, dia meletakkan jenazah baginda di atas ribaanya tanpa menanggalkan pakaian Rasulullah SAW. Kemudian Saidina Ali KWH mengosok tubuh badan jenazah Rasulullah SAW melalui bahagian luar pakaian tanpa menyentuhnya dengan menggunakan tangan. Saidina Ali KHW juga dibantu oleh Al-Abbas r.a, Al-Fadhal r.a dan Qasam r.a untuk mengangkat jenazah baginda SAW. Manakalah Usamah bin Zaid r.a dan Syaqran r.a ditugaskan untuk menjirus air.


Sifat Malu Sudah Terhakis

Mari kita terbalikkan kisah di atas dengan realiti semasa. Maksud saya begini, jika Saidina Ali KHW sangat malu melihat aurat manusia, umat Islam kini pula tidaklah sangat malu untuk mendedahkan aurat merata-rata.

“Eh, tolong sikit ye.. sapa cakap saya tak tutup aurat ni?” Marah seorang gadis bila ditegur tidak menutup aurat.

“Tutup aurat itu hanya dengan sehelai tudung sahajakah? Badan kamu itu bukan aurat ya?” Balas pula rakannya spontan.

Cuba kita renung sejenak di atas kerusi masing-masing. Hadirkan rasa insaf dan sedih dalam diri. Bagaimana kini kita begitu mudah tanpa rasa bersalah walau secubit pun melondehkan seluar baju semata-mata ingin mendedahkan tubuh badan?

Tepuklah minda yang tepu itu. Apakah kita mahu menjadi insan yang rendah maruah diri? Yang rela tubuh dibakar api Jahannam? Jangankan api neraka, api mancis juga sudah menggelupur kesakitan. Nauzubillahhi minzalik.

Di sana sini gadis-gadis seronok mendedahkan aurat diri. Mereka merasa megah untuk menayangkan tubuh badan sambil melenggokkan pinggul umpama itik pulang petang. Bahkan ramai menyangka sudah menutup aurat dengan sehelai tudung nipis lagi jarang.

Apakah lengan dan bahu wanita itu bukan aurat untuk ditutupi dengan kain?Apakah pakaian ketat dan nipis itu sangat dianjurkan oleh agama?

“Alaa, rilexlah Broo… kubur masing-masingkan..” Beralasan mudah mahu lari daripada dipersalah.

“Kamu lompatlah sendiri masuk dalam kubur tu kalau dah mati nanti ya..”Jawab saya mudah.

Bukan sahaja golongan hawa, malah golongan lelaki juga tidak terlepas dari dihujum sama.Lihatlah dimana tempat, di dalam universiti pun sudah cukup untuk menjadikan bukti.Mereka sudah tidak ada rasa malu jika mengusik perempuan yang lalu dihadapan dengan siulan suara.Agaknya macho jika menggunakan skill sedemikian.Mungkin kerana masih mengharapkan supaya Allah SWT menurunkan bala kepanasan global tahap maksimum agaknya.

Bila hilang rasa MALU, apa sahaja kemaksiatan ‘boleh’ dilakukan tanpa perlu berselindung lagi.Jauh lagi kita rupanya dengan sifat MALU yang dipraktikkan oleh Rasulullah SAW dan Saidina Ali KHW!


Tanamlah sifat malu didunia ini agar kita tidak dimalukan di mahsyar nanti.

______________________

p/s :Malu itu satu sifat yang memang diperlukan tapi bertempat juga ya !. Kalau tak faham dalam pengajian jangan malu-malu untuk bertanya supaya jelas.

Tadi dalam kelas saya dapat kertas exam.Doktor cakap "mumtaz"(Alhamdulillah,syukur).Belajar pun mesti ada kerajinan dan perlu kepada kesungguhan kalau tak nak malu bila ambil markah dalam kelas nanti.Ikhlas juga perlu dalam menuntut segala ilmu kerana itu pintu keberkatan.

Read more...

MENJADI SUPERMAN YANG BERANI

>> Tuesday, April 27, 2010



Jadual harian berjalan seperti biasa.Tepat pukul 8 pagi kaki mesti melangkah keluar dari rumah menuju ke universiti..Bermula dari pakaian yang kemas hinggalah kepada buku rujukan setiap subjek yang perlu dibawa pada kelas yang bakal dihadiri,semuanya mesti dimasukkan dalam beg untuk bersiap kemedan ilmu.Begitulah rutin harian yang dilalui sebagai seorang pelajar universiti.Tidak kira apa jua keadaan atau musim yang dilalui bersama.

Musim sejuk,bunga,luruh mahupun musim panas tidak menjadi penghalang untuk semua pelajar meneruskan pengajian disini.Langkahan mesti diatur supaya impian dan cita-cita dapat digenggam.Berbekalkan semangat dan doa menjadi pembakar diri untuk terus mara kemedan ilmu.

“kamu semua dihadapan ini perlu memiliki jiwa yang besar,bersemangat yang tinggi,tidak mudah lemah dan mempunyai jati diri yang kuat.”Pesan doktor Azmi taha kepada para pelajarnya dalam syarahan yang disampaikan pada pagi itu.Seorang profesor yang berkelulusan doktor falsafah dari salah sebuah pusat pengajian universiti di Britan.Umurnya dalam lingkungan 60an.

Kedudukan saya dalam kelas itu di barisan kerusi yang kedua.Jelas kedengaran setiap nasihat dan syarahan yang diberikan. Saya meneliti satu persatu penerangan yang disampai berkaitan tentang akhlak.Banyak perkara yang dibincangkan olehnya.Tidak kurang juga para pelajar melontarkan idea dan pandangan masing-masing.

“kamu semua pemuda dan pemudi perlu kuat,jangan hanya jika ditolak sebegini sudah jatuh ke tanah.lembik tidak bertenaga !! ” Beliau membuat aksi dengan menolak badannya sendiri supaya para pelajar lebih memahami apa yang dibicarakan dengan gelagat yang sedikit lucu.

Serentak kedengaran tawa bergema dalam dewan kuliah oleh para pelajar dek gurauan oleh profesor tadi.Saya memandangnya dengan hanya tersenyum di tempat duduk sahaja.Pandai juga doktor ini membuat aksi lucu sehingga seluruh pelajar tergelak.Perlu juga kepada aksi gurauan sebegitu supaya perjalanan kuliah tidaklah boring dan tepu dengan maklumat yang terlalu banyak.Ini juga akan mebuatkan pelajar dan siapa sahaja yang mendengarnya terasa bosan.

“kamu perlu berani !!.”Tegasnya dalam nada yang sedikit kuat.Jelas kelihatan raut muka diwajahnya akan semangat keberanian dan keyakinan.

“Menjadi berani.” Itulah ungkapan yang saya ucapkan setelah bertahun-tahun merasai hidup di negara yang mempunyai empat musim atau lebih dikenali dengan ardhu syam,Jordan.


Pertama kali menjejakkan kaki disebuah bumi yang ada disebutkan dalam ayat suci al quran ini, diri saya seolah-olah dihumban ke planet lain. Segalanya berubah. Semuanya berbeza dari apa yang dilalui di Malaysia negaraku tercinta.

Watak manusia disini yang sifatnya tidak sama dengan apa yang ada pada masyarakat asia khususnya Malaysia sudah melayarkan sesuatu kelainan buat diri yang selama ini dicorakkan dengan sifat berlemah-lembut, sopan santun, tidak bercakap dengan nada yang meninggi. Kerana adat melayu telah terpatri sekian lama sedari kecil.

Pernah juga ketika saya di Malaysia dulu orang mengatakan saya ini mulut manis,selalu tersenyum.Bukankah senyuman itu satu sedekah dan ianya tidak perlu mengeluarkan satu sen pun dari saku.

Namun, ianya berputar 90 darjah ke belakang. Menterbalikkan sikap dan sifat kemelayuan setelah terhidang dunia baru. Dunia baru yang mengejar erti keberanian, kecekalan dan ketabahan.Saya yang dahulunya dikenali dengan seorang yang bermulut manis dan sopan sudah bertukar menjadi lelaki yang sedikit tegas.

Pernah suatu malam di musim sejuk ketika saya keluar bersama dengan sahabat untuk membeli barang kelengkapan rumah di pasar, saya bersama teman-teman menuju ke arah deretan kedai yang masih berurus niaga dengan pelanggan. Ketika itu cuaca sejuk mula berhembus tenang, menyelinap ke liang roma. Kesejukan tahap permulaan sudah berjaya mendinginkan tubuh kami berketurunan nusantara. Saya menyarung beberapa lapis baju tebal untuk melindungi dari kesejukan.

Ketika dalam perjalanan untuk membeli sedikit barang saya disekat oleh dua orang pemuda arab yang lagaknya seakan untuk mengusik.Mereka berdua menyekat perjalanan saya dari terus maju seakan sengaja untuk menunjukkan dirinya ganas.

“Ismahli ya sodi’..”saya meminta jalan dari mereka supaya dapat membuka sedikit ruang untuk saya lalu.

Mereka hanya sekadar membuat tidak faham dan masih menghalang perjalanan sambil menyentuh baju sejuk yang berada ditubuh saya.Ternyata hembusan angin yang sejuk pada malam itu nampaknya tidak mampu menyejukkan hati saya yang tercabar dengan gelagat dan ejekan mereka berdua.

Tanpa membuang masa dan dengan sekuat tenaga saya merempuh badan mereka walaupun dari sudut fizikal tubuh mereka yang berbangsa arab lebih besar jika hendak dibandingkan dengan tuduh saya yang berketurunan asia.Kelihatan mereka sedikit terkejut dengan tindakan yang saya buat.

Cukuplah dengan rempuhan itu membuktikan bahawa walaupn dari sudut zahir tampak biasa,tidak mustahil mampu untuk menjatuhkan lawannya yang lebih besar.Tidak berminat rasanya untuk terus berkelahi dengan pemuda jalanan yang tidak berakhlak seperti itu.Hanya kemaafan mengiringi peristiwa tersebut dan doa dipanjatkan supaya mereka berubah kepada akhlak yang lebih baik kerana mereka adalah pemuda islam yang sepatutnya memiliki syakhsiah yang terpuji dan jiwa yang hebat demi mempertahankan islam dan mendaulatkannya.Bukan menjadi seperti sampah yang bertebaran ditepian jalan.Tiada harga !

Begitulah lumrah kehidupan yang mengajarkan saya disini supaya bersikap berani dan kental.Banyak lagi peristiwa seperti ini yang membuatkan sifat keberanian makin menyerap kedalam jiwa kelakian muslim ini.

Pernah sekali saya menengking seorang pemuda kerana mempermainkan janjinya kepada saya untuk menyiapkan urusan ‘iqamah’ ataupun kad pengenalan Jordan saya disini.Sudah bebulan lamanya para pelajar Malaysia menyerahkan segala dokumen penting kepadanya untuk menyiapkan iqamah masing-masing,tapi apa yang dijanjikan olehnya untuk menyiapkan dengan kadar secepat mungkin sudah menjangkau lima bulan lamanya.walhal,perkara itu hanya boleh disiapkan dalam tempoh dua atau tiga minggu sahaja.

“kamu sepatutnya bertanggungjawab dalam urusan ini,jangan kamu salahkan kepada pihak lain jika kamu tidak menjalankan kerja dengan amanah”Tegas saya kepadanya dalam nada yang tinggi dan berbaur sedikit marah.

Kawan saya yang berada dikerusi depan agak tecengang dengan tindakan saya memarahi pemuda tersebut.Beliau dipertanggungjawabkan oleh pihak pengurusn universiti untuk menguruskan hal urusan iqamah semua pelajar Malaysia.

Dia hanya tunduk menyepi seribu bahasa.Kertas dan fail yang ada diatas mejanya dibukak satu persatu tanpa ada sehelai kertas pun yang diambil.Walaupun begitu,sebelum beredar sempat saya memohon seribu kemaafan darinya atas kekasaran tadi dan menasihatinya supaya mempercepatkan urusan yang ditaklifkan agar urusan semua pelajar yang masih belum mendapatkan iqamah termasuk saya dapat disiapkan dengan kadar secepat mungkin.


Walaupun dalam ketegasan dan keberanian,perlu juga memiliki sifat sabar dan cepat bertenang.Jika tidak, akan berlakulah peperangan dunia ketiga dalam sejarah dunia.Bukanlah niat dihati untuk bertindak seperti itu,tetapi keadaan memaksa supaya beliau tidak lagi melengahkan urusan yang penting ini.

Perasaan itu kini semakin beransur hilang dihembus pawana bumi syam yang indah. Ianya lenyap dicelahan pepohon zaitun yang berdebu. Ianya terbang dibawa angin menuju ke tanah gersang. Ianya tenggelam bersama monumen sejarah silam yang ada di bumi berkat ini.

KEBERANIAN YANG MEMBERI FAEDAH

“Rasa bertuah juga kita boleh belajar di bumi Jordan ini..”

“Yerlah, bila balik Malaysia jadi berani berhadapan dengan masyarakat umum..” Saya terus menyambung perbualan bersama seorang sahabat ketika menzirahi rumahnya. Pelbagai pengalaman kami kongsikan bersama malam minggu itu. Cerita-cerita bersama masyarakat Malaysia menjadi topik utama kami memandangkan masing-masing ada kisah tersendiri.

Bagi saya, saya sendiri mengakui akan kelainan itu. Suatu ketika dulu saya pernah dijemput untuk membacakan doa di hadapan ratusan pelajar ketika perhimpunan mingguan sekolah. Saya cuba mengagahi, walaupun pada hakikatnya hati saya berdebar kencang bagai mahu meletup. Lutut bergetar tanpa dibuat-buat. Entah doa apa yang saya baca ketika itu, kerana perasaan saya hilang bersama ketakutan yang amat.

Mahu berbicara di hadapan khalayak juga tidak mampu, malah seringkali mengelak. Terlalu takut untuk menjadi pemimpin. Jangankan mahu menjadi imam surau, menjadi muazzin juga sudah menggeletar. Hilang lagu alunan azan entah ke mana.

Tetapi setelah berbekalkan dengan sedikit pengalaman dan latihan diri,mampu jugalah dalam kekurangan untuk menguruskan sebuah kelompok pelajar yang agak besar bilangannya walaupun ditempuh dengan seribu mehnah ujian dan kerenah manusia yang bermacam-macam jenis.

LA TAKHAF, INNALLAHHA MA’ANA

Demi Allah! Semenjak tiba di bumi Jordan, perasaan yang dahulunya penakut beransur-ansur berubah. Allah SWT menghantar saya ke sini disertai hikmah yang tak mampu dihitung sepuluh jari. Saya terlalu bersyukur dengan kenikmatan kekuatan ini. Semoga ianya berterusan hingga ke akhirnya. Mengapa harus takut untuk berhadapan khalayak, sedangkan kamu adalah penyebar dakwah, kamu adalah pemimpin, kamu adalah Khalifah!

Allah bersamamu. La takhaf !

Jika hari-hari kita tidak memikirkan akan perubahan ke arah kebaikan, nescaya teramat sesuai untuk bertemankan ‘katak di bawah tempurung’. Definisi HIJRAH itu sewajarnya difahami dan dipraktikkan. Usah biar ianya bermain di bibir mungil tanpa rasa ingin menyelami.Binalah sebuah anjakan, kerana proses itu pasti membuahkan hikmah.

MOTIVASI DIRI

Saat dirundung resah gelisah, disamping berdoa kepada Azza Wajalla, saya seringkali menjadikan tokoh-tokoh sejarah sebagai wasilah memotivasikan diri. Berputar ke belakang kembali menyelak sirah perjuangan Rasulullah SAW, para sahabat, tabie’, tabi’en dan ulama’ auliyaullah ketika berhadapan kesukaran.

Mereka terlalu berani menegakkan kebenaran. Kekaguman itu sedikit sebanyak melampiaskan perasaan motivasi diri untuk berdepan dengan dugaan hidup.

Salah seorang tokoh yang saya kagumi adalah Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat. Keberaniannya menyatakan kebenaran membuatkan beliau dihormati rakyat jelata. Segenap pelusuk masyarakat mengenali dan mengkagumi beliau walaupun mereka berada di utara mahupun selatan Malaysia.Oleh itu bersamalah kita berusaha untuk menjadi seorang pemuda dan pemudi yang berani dalam menegakkan kebenaran.

Agar agama kita yang sekian lama dipertahankan oleh para mujahidin islam tidak dihina oleh golongan kuffar.

Read more...

BORN TO LOVE

>> Monday, April 26, 2010



“Apa erti cinta ya?”

Soal salah seorang sahabat saya yang sedang khusyuk membaca buku aku terima nikahnya yang dikarang oleh ustaz hasrizal ketika kami sedang duduk bersama dalam sebuah bilik.

Kelihatan semua yang ada dalamnya sedang khusyuk melayan urusan masing-masing tanpa menjawab soalan yang diajukan kepada umum itu.

Keadaan sunyi tanpa bisikan suara manusia.Hanya kedengaran bunyi kipas yang sedang berputar mengisbaskan angin dalam bilik tersebut.

“Asfa,tahu ke apa jawapannya?”Soalan yang tadi diajukan kepada umum kini ditujukan khas untuk saya menjawabnya.

Pandangan saya beralih kepadanya dari menatap muka depan surat khabar bahasa arab yang dari tadi saya membacanya.Hanya dengan mengangkat kedua belah bahu sahaja tanda jawapan kepada soalannya itu.Tidak mampu rasanya untuk saya menjawab soalan yang sebegitu rupa kerana istilah cinta pun jarang diungkap.Apatah lagi merasakannya.

“Alaa,apa susah..itu pun nak tanya ke?Cinta tu sayang lah..macam lah kau tak tahu maksud cinta".Jawapan ringkas yang diberikan oleh salah seorang sahabat yang turut sama berada dalam ruangan bilik tersebut.Sekitar lima orang semuanya.Masing-masing membuat hal sendiri.

Saya hanya mendengar jawapan yang diberi.Membiarkan soalan yang diajukan khas kepada saya tadi dijawab oleh yang lebih pakar dalam bab begini.Sekadar memerhatikan perbualan yang selanjutnya tanpa mencelah untuk menambah kepada jawapan itu.Lebih memilih untuk mendiamkan diri dari bersuara.

Dalam masa yang sama,sebenarnya saya turut juga memikirkan apa yang dimaksudkan dengan “cinta”.Pada saya,istilah atau kalimah inilah yang paling tidak disukai dizaman persekolahan dahulu.Boleh dikatakan apabila mendengarnya seakan membuatkan badan terasa geli.Entah kenapa pun saya kurang pasti juga.Itu mungkin kerana faktor umur yang masih tidak matang dan pemikiran yang ala kebudak-budakan lagi.

“Sekarang,sudah matang ke aku?umur semakin meningkat dewasa”.Umur ketika ini sudah pun menjangkau 20an.Bermakna pemikiran pun sudah berbeza jika dibandingkan dengan waktu zaman persekolahan dahulu.Getus hati saya bersendirian dalam diam.

Kenapa tiba-tiba tanya pasal cinta ni?,ada bekenan kat seseorang ke ? ” Tanya saya kepadanya kembali sambil menduga.

“Eh,mana ada..sekadar soalan je asfa.jangan salah anggap”.Jawabnya sambil tersenyum malu.Penuh bermakna dalam simpulan tersebut.

Alhamdulillah, petanda yang baik.Mungkin ada diantara kami ini yang bakal membina masjid tidak lama lagi.

Ketahuilah sahabat,jika sekiranya kamu berbicara tentang perihal cinta dan kepada siapa yang berhak diberikan cinta itu,padaku hanyalah kepada Allah sahaja yang paling layak kamu serahkannya kerana dia amat menyintai kamu sebagai hambanya.Itu sahaja yang daku fahami tentang kalimah tersebut selama ini.


DILAHIRKAN UNTUK MENYINTAI DAN DICINTAI


Benarkah kenyataan ini? Benarkan kejadian manusia dibangkitkan untuk menyintai? Jika tidak benar, mengapa harus ada cinta? Mengapa Allah Subhanahu Wata’ala membekali manusia dengan naluri untuk bercinta?

Sesungguhnya, Allah adalah Tuhan Yang Maha Menyintai – sifat ar-Rahman dan ar-Rahim sudah cukup membuktikan hakikat ini. Hakikat bahawa Allah menyintai hamba-hambaNya, malah sangat menyintai hamba-hambaNya yang taat, patuh dan menyintai Allah Subhanahu Wata’ala dan RasulNya.

Buah bicara cinta ini telah dituturkan Rasulullah Sallallahhu Alaihi Wa Sallam:

Riwayat Mu’adz dari Nabi Sallallahhu Alaihi Wa Sallam ia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahhu Alaihi Wa Sallam bersabda: “Allah Azza Wajalla berfirman: Orang-orang yang saling mencintai kerana kebesaranku, mereka mempunyai mimbar dari cahaya, di mana para Nabi dan para syuhada’ merasa iri kepada mereka.” (HR. Tirmidzi)

Maka tidak hairanlah Allah Yang Maha Cinta mengurniakan rasa kecintaan yang hebat itu kepada hamba-hambaNya yang beriman. Rasa cinta yang begitu sulit untuk dituturkan oleh lidah yang berbicara. Sukar untuk dititipkan pada warkah kusam.

Pernah Abu Hurairah meriwayatkan hadis dari Nabi Muhammad Solallahhu Alaihi Wassalam bahawa ada seorang lelaki yang ingin mengunjungi saudaranya di desa lain. Lalu Allah SWT mengutuskan malaikat untuk menghadangnya di jalan.

Setelah bertemu, malaikat itu berkata: “Kemanakah kamu mahu pergi?”

“Aku ingin mengunjungi saudaraku di desa ini.” Jawab lelaki itu.

“Apakah engkau mempunyai kepentingan terhadapnya?”

Lalu ia berkata. “Tidak, hanya kerana aku menyintainya kerana Allah SWT.”

Malaikat berkata: “Aku adalah utusan Allah kepadamu, bahawa Allah telah menyintaimu sebagaimana engkau menyintai saudaramu.” (HR. Muslim)

Allah Subhanahu Wata’ala berhak memberi rasa cinta agungnya kepada sesiapa yang tidak melupai hakikat rasa cinta pada Ilahi. Melupai Allah bererti cintanya bukan lagi suci. Tidak lagi sejernih cinta agung yang menjadi idaman hati-hati para pencinta. Rasa cinta tanpa adanya Pencipta – mampu bergoyah dan berkecai, hancur lebur tiada kesan yang mengesankan.

Cintailah kamu kepada siapa saja – Rasulullah Sallallahhu Alaihi Wa Sallam, Ibu bapa, kekasih hatimu (suami/isteri), sahabat dan teman-temanmu, tetapi ikatkan tali cinta itu pada yang SATU, tiada dua dan tiga. Pasti pahit hempedu menjadi manis persis madu, panasnya bara api menjadi sejuk sesegar air dipergunungan, peritnya hidup menjadi semudah lidah bertutur mesra.Kerana kita sememangnya dilahirkan untuk menyintai dan dicintai.

Tertarik pada bicara hikmah malam itu yang mengisahkan perihal cintanya isteri Baginda Sallallahhu Alaihi Wa Sallam yang pertama – Saidatina Khadijah r.anha. Bagaimana bermula pertemuan dan hasilnya membenihkan kuntuman cinta mekar mewangi selama-lamanya. Hatta wafatnya Saidatina Khadijah r.anha, Baginda Sallallahhu Alaihi Wa Sallam tetap saja mengingati dan menangisi kesan cinta isteri pertamanya.

“Saidatina Khadijah r.anha seorang yang menjaga kesucian dirinya.”Itulah diantara keistimewa yang ada pada dirinya.Teringat saya ceramah yang disampaikan di sebuah masjid berdekatan rumah saya oleh seorang ustaz ketika pulang ke malaysia tahun lepas.Kelihatan ramai juga pelajar politeknik kota bharu yang menuntut di situ turut hadir mendengar kuliah maghrib darinya.

“Beliau jarang sakit, sebab jaga kesihatan.. antara surah yang kerapkali dibacanya ialah surah Yusof.. beliau meninggal sebab dipulaukan oleh kaum Quraisy sehingga menyebabkan beliau tidak lalu makan dan meninggal dunia.”Sambung penceramah jemputan pada malam itu.

Perwatakan dan akhlak (agama) Saidatina Khadijah binti khuwailid bin Asad bin ‘Abdil ‘Uzza bin Qushay Al-Qurasyiyah Al-Asadiyah radhiyallahu’anha (bahasa arab : خديجة بنت خويلد‎) (555 M – 619 M) itulah antara kunci terikatnya rasa cinta agung antara dua insan. Malah beliau digelarkan sebagai digelar Al-Afifah Tohirah yang berdasarkan akhlak dan bukannya berdasarkan harta walaupun Saidatina Khadijah r.ah adalah seorang bangsawan dan tokoh masyarakat yang disegani.

“Memberi cinta pada suami adalah atas dasar akhlak, agama.. Cinta Saidatina Khadijah atas dasar iman.. Dia memberikan harta dan perlindungan kepada Nabi Muhammad Sallallahhu Alaihi Wa Sallam sebelum orang lain lakukan..” Ustaz Imran selaku penceramah jemputan meneruskan bicaranya. Suasana dalam masjid senyap seketika. Para pendengar kelihatan khusyuk mendengar butir bicara yang disampaikan.


RASA CINTA DAN DICINTAI

Atas dasar cintanya Saidatina Khadijah pada Rasulullah Sallallahhu Alaihi Wa Sallam dan pada perjuangan Islam itu sendiri, maka Rasulullah Sallallahhu Alaihi Wa Sallam begitu menyayanginya. Bahkan isteri pertama Baginda Sallallahhu Alaihi Wa Sallam tidak pernah dimadukan sehingga akhir hayat.

“Demi Allah! Dia (Khadijah) beriman kepadaku disaat orang-orang mengingkariku. Dia membenarkanku di saat semua orang mendustakanku. Dan dia membantuku dengan menginfakkan segenap hartanya ketika semua orang menahan hartanya dariku dan Allah telah mengurniakan beberapa orang zuriat dari rahimnya yang tidak aku perolehi dari isteri-isteriku yang lain”. [HR Ahmad, Al-Isti’ab karya Ibnu Abdil Ba’ar]

Justeru, beliau terkategori sebagai wanita syurga yang dijanjikan Allah SWT:

1. Saidatina Khadijah
2. Saidatina Fatimah az-Zahra’
3. Maryam
4. Asiah (isteri Fira’un)

Saidatina Khadijah r.anh bukan menyintai Rasulullah Sallallahhu Alaihi Wa Sallam kerana harta atau rupa paras. Tapi hatinya terpana tatkala berita tentang kejujuran, amanah, dan kebaikan akhlak seorang pemuda Quraisy dikhabarkan melalui Maisarah kepada beliau. Lalu tersimpan hasrat keinginan hatinya untuk mendapatkan kebaikan itu. Kebaikan yang amat janggal di celah keripuhan masyarakat Jahiliyyah yang meraja.

Lantas beliau mengutuskan seseorang untuk menemui Rasululllah Sallallahhu Alaihi Wa Sallam dan menyampaikan hasratnya. Beliau menawarkan dirinya untuk dipersunting Muhammad Sallallahhu Alaihi Wa Sallam, seorang pemuda yang saat itu berusia baru berusia 25 tahun. Bahkan miskin dan yatim piatu – tidak punya harta. Akan tetapi kaya dengan nilai akhlak mulia dan tersohor luhur peribadinya.

Gambaran rasa cinta Saidatina Khadijah r.anh amat banyak dikhabarkan melalui kisah-kisah sejarah dan periwayatan hadis. Saat bergetar rasa takut bersangatan akibat penurunan wahyu pertama berwasilahkan malaikat Jibril a.s, beliaulah yang mengubati duka lara itu.

Baginda Sallallahhu Alaihi Wa Sallam lalu berkata: “Aku khuatir akan terjadi sesuatu pada diriku”. Beliau kemudiannya menyelimuti tubuh baginda dengan penuh belaian mesra demi memberi kekuatan jiwa dan menghadirkan rasa ketenangan.

Lantas, beliau menuturkan bicara hikmah yang membiaskan rasa tenang pada diri Rasulullah Sallallahhu Alaihi Wa Sallam. Menenangkan rasa gelora ombak di dada dan menyejukkan perasaan sebening air dikali.

“Demi Allah, Allah tidak akan menyusahkan dirimu selama-lamanya. Bergembira dan teguhkanlah hatimu. Sesungguhnya engkau seorang yang suka menyambung tali persaudaraan, suka menanggung beban orang (yang kurang bernasib baik), menghormati tetamu, memberikan sesuatu kepada orang yang tidak mampu, bercakap benar dan memberikan bantuan kepada mereka yang ditimpa bencana.”

“Terimalah khabar gembira dan teguhkanlah hatimu! Demi Zat yang diriku di tanganNya, sesungguhnya aku berharap engkau menjadi Nabi umat ini.”

Sewaktu Rasululllah Sallallahhu Alaihi Wa Sallam berulang-alik ke gua hira’, beliau tidak pernah melarang ataupun menyakiti hati Baginda SAW, walaupun sering ditinggalkan. Sifat redha pada suami yang berjuang di jalan Allah SWT itulah tanda bahawa beliau mengikat cintanya pada suami dengan kecintaan yang kuat pada Jalla Wa’ala.

Biarlah secebis kisah sejarah yang dipaparkan ini mampu memberi rasa faham erti cinta sebenar yang didambakan. Akuilah, kita sememangnya dilahirkan untuk menyintai – Born To LOVE.

Ingin ku kutip kuntuman cinta itu yang berserakan,

Dan diukirkan pada bait-bait rasa yang tulus setia,

Tertadah pada dulang keredhaan,

Yang ESA,

Agar, jalinan itu mampu membawa ke syurga abadi.

_________________________________


p/s : Inilah jawapan saya untuk soalan yang ditanya pada malam itu.Agar ianya terjawab walaupun terlambat .Maaf ye sahabat.

Juga Untukmu dirimu duhai 'KAWAN'...

Read more...

BUKAN UNTUKMU SEORANG



Saya baru sahaja tiba kerumah dari universiti.Hari ini agak lambat sedikit pulang dari hari-hari biasa kerana pergi menjenguk sahabat. Sudah lama rasanya tidak menziarahi mereka yang tinggal di dalam penempatan yang disediakan oleh pihak universiti atau lebih dikenali dengan panggilan ‘sakan’.Mahu tidak lambat pulang hingga ke lewat senja begini,dijamu makan dengan pelbagai makanan,bersembang tentang kehidupan harian hinggalah kepada bab pelajaran.

Ada yang mengadu tentang mata pelajaran yang susah,pensyarah yang ‘syadid’ dengan kehadiran dan pengiraan markah peperiksaan dan ada juga yang bertanyakan kaedah belajar yang berkesan.

Begitulah aturan pembelajaran kami disini.kalau nasib tidak menyebelahi,pensyarah yang sepatutnya mengajar mata pelajaran yang diambil tiba-tiba bertukar dengan pensyarah yang lain,amatlah mengecewakan. kalau toleransinya boleh dibawa berbincang tidak menjadi masalah.Tapi,jika terkena dengan yang ‘syadid’ alamatnya susahlah sedikit untuk score subjek tersebut.Pertukaran pensyarah seperti ini biasanya disebabkan oleh perubahan mata pelajaran dan jadual setiap doktor yang mengajar.

“Macam mana ye nak dapat markah tinggi ? “. Tanya seorang sahabat kepada saya ketika sedang minum air teh panas dalam biliknya

“macam mana?...hurmm..kena study rajin-rajin lah.Buat nota ringkas untuk subjek yang susah.Boleh diletakkan dalam poket baju.Senang untuk dibawa kemana-mana.Bila ada masa terluang boleh bukak dan hafal terus,tak perlu bawak buku yang tebal..kan senang..Usaha tu penting !”.Jawab saya ringkas dalam memberi pesanan kepadanya.

“ha,lagi satu..kalau nak senang belajar dan mudah ingat semua point buku ni..lazimkan diri baca al quran selalu”.Tambah saya lagi kepadanya yang sedang khusyuk mendengar.

“betul-betul,sebab tu ana nak jadi rajin macam anta”.Katanya dalam nada gurauan.

“Rajin macam ana??..ana ni tak lah rajin.Ana yang sepatutnya perlu ikut kerajinan anta”.Jawab saya sambil menepuk bahunya dan diiringi oleh tawa kami berdua.

Begitulah sifat kemesraan yang ada oleh para sahabat yang tinggal di sakan.Bagai satu keluarga walaupun dari berlainan tempat asalnya.Bila bertandang kesana,rasa malas pula untuk balik ke rumah sendiri.sifat kemesraan,ramah dan happy selalu yang ada pada mereka itulah yang membuatkan saya selalu pulang di lewat petang kerumah setiap kali bila pergi kesana.

Senja kian melabuhkan sinarnya.Matahari pun sudah makin menghilang tanda waktu maghrib tiba.Masih ada lagi segelintir manusia yang mengahabiskan urusan kerjanya untuk hari ini.

Teksi yang saya naiki terus bergerak melewati bangunan ditepian jalan.Saya mengarahkan kepada pemandunya untuk berhenti dihadapan bangunan rumah yang didiami dan terus melintas untuk menyeberangi jalan.

Ayat-ayat suci al quran kedengaran jelas dari atas menara masjid umar.Sungguh merdu sekali suara imam mengalunkan kalamullah.Kepada siapa yang memahami maksudnya pasti akan terdiam seketika.Itulah mu’jizat al-quran dari allah.Itulah juga kitab yang tiada keraguan kepadanya dan menjadi petunjuk kepada mereka-mereka yang bertaqwa.

Selepas meletakkan buku pelajaran dan menukar pakaian ,saya terus bergegas keluar menuruni anak tangga.Langkahan diatur secepat mungkin.Kadang-kadang berlari anak untuk mengejar jemaah yang masih lagi bersolat agar tidak terlambat.

"Samiallahuliman hamidah..Allahuu akbar…"

Kedengaran suara imam menandakan para jemaah akan sujud.

“Alamak,dah nak abis solat ni..”. Saya berbisik didalam hati.Risau kalau sampai kemasjid ketika orang sudah habis sembahyang.

Sesampai ke pintu masjid,baru teringat yang masih lagi belum berwhuduk.“Nampaknya solat sendiri la aku lepas ni”.Begitulah kalau terlewat sampai untuk berjemaah.

Usai berwhuduk,saya terus melangkah keruangan solat.Kelihatan ada yang sedang duduk berzikir,bertafakkur mengingati allah dan ada juga yang sedang solat sunat.Tiba-tiba..

“Sollaita..?”.saya ditegur oleh seorang pemuda arab

“Laa’,ma sollaitu” jawab saya ringkas.

“Taal huna,nusolli jamaah”.Rupanya dia sendiri pun masih belum bersolat lagi.Dia mengundur sedikit kebelakang bersama dua orang pakcik arab yang ingin turut sama bersolat.

“Tafaddhol ya akh’’ dia bersuara sambil menunjukkan isyarat dengan tangannya supaya saya kehadapan untuk mengimami solat.Namun saya masih berdiri disitu tanpa menunjukkan sebarang riaksi untuk kedepan.

Tiba-tiba dia menolak badan saya membuatkan kaki melangkah kehadapan sedikit.

“Asif…,anta ahsan ya akhi” .Saya berkata kepadanya sambil menoleh kebelakang.

“laa’, Anta ahsan” Tanpa banyak bicara,dia terus melaungkan iqamah untuk solat.Saya hanya mengikut katanya untuk mengimami solat.Jika masih melengahkan dengan saling suruh menyuruh untuk menjadi imam,akan terlambat pula nanti solat maghrib .Segerakan solat itu yang lebih penting dari saling berharap.

Selesai pemuda tadi memberi iqamah,terdengar pula satu suara dari belakang

“Huwa maliziy,anta aula lil imam.”kata seorang pakcik arab yang kelihatan memakai kot hitam kepada pemuda yang melaungkan iqamah tadi..Beliau berdiri sama dalam saf di belakang saya untuk bersolat.

“Laa’,kholas..ma fi mushkilah ya sayyid.huwal imam”.katanya kepada pakcik yang kelihatan tidak berpuas hati melihat saya selaku orang asing menjadi imam kepada golongan arab padahal perkara seperti ini sudah menjadi kebiasaan di masjid umar yang menjadi tumpuan para pelajar malaysia untuk solat kerana berdekatan dengan tempat penginapan.Bahkan,ada jugak pelajar malaysia yang menjadi muazzin jemputan untuk solat jumaat .

“Mungkin pakcik ni tidak pernah lihat orang malaysia jadi imam...Orang baru kot”. Saya bersangka begitu didalam hati.

Tanpa membuang masa.Saya memberi isyarat supaya memperbetulkan saf..lalu mengangkat takbir..

Allahuakbar..!!

"Sesungguhnya solatku,amalanku,hidupku dan matiku hanyalah kerana allah tuhan sekelian alam.Dan aku hadapkan mukaku kepada dzat yang menciptakan langit dan bumi………."

Semua sedang berhadapan dengan allah dalam solat tersebut.Tiada yang lebih diantara mereka kecuali yang khusyuk berdiri sebagai hamba dihapan Allah tuhan yang berhak disembah.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...

"Apabila langit terbelah - Dan apabila bintang-bintang jatuh berserakan - Dan apabila lautan dijadikan meluap - Dan apabila kubur dibongkar - Maka tiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan apa yang telah dilalaikan – Hai manusia,apakah yang memperdayakan kamu(derhaka) terhadap tuhanmu yang maha pemurah – Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadian dan menjadikan (susunan tubuhmu seimbang) – Dalam bentuk apa sahaja yang dia kehendaki dia menyusun tubuhmu – Bukan hanya derhaka sahaja tapi kamu mendustakan hari pembalasan – Padahal sesungguhnya bagi kamu ada malaikat yang mengawasi – Yang mulia disisi allah dan yang mencatat pekerjaanmu – Mereka mengetahui kerjamu" - ( al-infithaar 1-12 )

Setelah usai mengimami solat tadi,saya bangun dan melangkah kebelakang tanpa berwirid atau berdoa bersama-sama dengan jemaah lain kerana amalan seperti itu memang tidak dipraktikkan oleh kebanyakan negara arab yang berpegang kepada mazhab Hanafi dalam ibadah mereka.Berbeza dengan apa yang diamalkan oleh rakyat Malaysia selepas solat fardhu.

Ketika saya melangkah keluar untuk menuju kepintu masjid,terasa seakan bahu saya dipegang dari arah belakang.Rupanya dia adalah pak cik yang menegur saya dari menjadi imam ketika hendak memulakan solat sebentar tadi.

“Apa khabar” , dia memulakan bicara sambil menghulur tangan untuk bersalaman.

“Alhamdulillah,baik.kamu bagaimana ? “ jawab saya dengan menyambut huluran tangan darinya.

"Dalam keadaan baik juga.kamu asal dari mana ?bekerja disini ? " tanya beliau untuk mendapat kepastian.

“Dari Malaysia. Aku masih belajar,belum lagi bekerja .Sedang menuntut di universiti al bayt”. Terang saya secara ringkas keapadanya.

“Ooo…Macam tu,aku fikir kamu bekerja disini.Kamu boleh baca quran ya?aku ingatkan kamu tak boleh bacanya dengan baik,sebab itu aku tidak yakin tadi untuk kamu menjadi imam solat.Kamu belajar quran dimana??”Tanya beliau kehairanan.

Agak lucu bila ditanya sebegitu rupa.Mungkin pada pandangannya selain kaum arab tidak mampu untuk membaca mukjizat yang diturunkan kepada rasulullah ini.Mungkin juga padanya bila bangsa lain yang membacanya bunyi setiap kalimah jauh berbeza dan menyempang dengan sebutan kalimah bahasa arab yang betul.Hampir tergelak diri saya dengan soalan pak cik ini.

“Aku belajar dari Malaysia lagi dan disini pun aku belajar juga bila ada kesempatan.”.Terang saya kepadanya.

"Suara kamu sedap bila baca quran tadi ! " Guraunya sambil menganggukkan kepala.

“Tidak,suara kamu lagi sedap dari suara aku” .Gurau saya kembali kepadanya sambil mengukir senyuman.

Sebelum melangkah keluar,sempat saya membacakan sepotong ayat kepadanya dari surah al-anbiya’

“Dan sesungguhnya kami mengutuskan kamu wahai Muhammad adalah sebagai menjadi rahmat keseluruh alam”.

“Nabi Muhammad diutuskan untuk sekelian makhluk.Begitu juga al quran yang dibawa olehnya.Juga untuk sekelian makhluk,bukan sekadar untuk kaum tertentu sahaja”.Terang saya kepadanya dalam antonasi suara yang lembut supaya beliau tidak terasa seakan diperli dan jauh sekali niat seperti itu dihati.

“Betul !!” . Beliau menyokong kata-kata saya dengan nada yang begitu yakin.

“Alhamdulillah lega dihati !! ” Bisik hati-syukur.

Mujurlah dia memahami dan tidak menyalah ertikan maksud kata-kata saya kepadanya.Tambahan pula yang dihadapan saya ini adalah seorang pakcik yang jauh lebih tua umurnya.Lebih lagi lah perlu dijaga tutur dan kata yang keluar dari mulut agar tidak berkelakuan tidak sopan dihadapannya.

Saya meminta diri untuk beransur pulang setelah lama berbual..Sempat juga berkenalan dengannya walaupun hanya sekadar bersembang dipintu masjid seketika.

Sebelum berpisah,sempat saya hadiahkan sekuntum senyuman tanda perkenalan dan tanda hormat kepadanya.

“Sampai jumpa lagi”.Laung saya dari jauh sambil melambaikan tangan kepadanya.

"Al-quran bukan untukmu sahaja kaum wahai arab. Ia juga untuk kaumku.Begitulah hakikatnya.Tapi,berapa ramaikah yang mengambil iktibar darinya?" Terdetik perkara ini dalam hati saya ketika melangkah pulang ke rumah.

Bila bercakap tentang al quran saya teringat satu peristiwa yang berlaku ketika sedang bercuti di mesir dua tahun lepas.Itupun kebetulan terfikir untuk bercuti kesana.Jadi dengan izin allah terbanglah saya kesana walaupun dalam jangka masa yang tidak lama.Hanya sekitar dalam dua minggu.Ingin saja duduk lebih lama di sana,tapi tiket penerbangan untuk pulang ke Jordan sudah pun dibeli.

Terpaksalah pulang juga ke ardhu syam ini.Kalau belum ada tiket pulang, kemungkinan akan kekal sebulan disana.’Ummu dunya’ la katakan…semua benda ada.Tempat pelancongan dan ziarah pun banyak yang menarik.Itu belum bercakap tentang makanan lagi.Mahu tidak terikat untuk duduk lebih lama disana.Tapi apakan daya,masa dan keadaan membatasi segalanya.

Ketika saya menaiki bas bersama kawan untuk pergi ke suatu tempat yang bernama ‘asfour’.Satu kedai besar yang menjual barangan perhiasan Kristal di Mesir.Katanya,kalau dah sampai ke mesir,wajib pergi ke sana.Kalau tak,sia-sia saja datang kesini.

Saya dengan Zulatfi mengambil kerusi paling belakang. Kerusinya sedikit tinggi dan mampu memandang keseluruhan bas panjang dua pintu itu. Di hadapan saya seorang wanita separuh umur bersama anaknya bertenggek.Keadaan dalam bas sedikit padat dan sesak.Tapi mencabar.

“Kenapa tak tinggal lama lagi kat sini azfar?Lusa dah nak balik Jordan.Cepat sangat”...Katanya. .

“Tiket flight dah beli atfi.kalau tak beli lagi hajatnya nak stay lama lagi kat sini.Lagipun kelas dah nak mula” Jawab saya.

“Anta la mari Jordan pula,nanti ana belanja.Tempat tinggal,makanan dan transport jangan risau.Ditanggung beress”.Pancing saya kepadanya untuk datang ke Jordan.

“Ia ke anta ni nak support semua.Ana datang betul kan baru tahu.Tengok-tengok anta letak ana kat tepi beranda masjid je.Kesian pulak kat ana".Guraunya yang mengundang gelak kami berdua.Maklumlah kawan lama yang sudah bertahun tidak bersua muka.Banyak kisah untuk dicerita dan dikongsi bersama.

Kami berpindah dari satu topik ke topik yang lain, tanpa menghiraukan arab yang memandang.

Sebelah saya ada bangku kosong. Lalu wanita yang berada dihadapan saya bangkit untuk duduk disebelah. Saya mengesot sedikit ke arah atfi.

“Musyhaf keda bikam?” Tanya mak cik itu.

Saya terpinga-terpinga.

“Dia tanya, quran tafsir ini harganya berapa?” Sambung atfi mengulangi pertanyaan mak cik itu.Mushaf al quran yang sempat dibeli oleh saya sebelum menaiki bas.

“Oh, khamsin genih. (LE50)” Saya cuba bercakap dengan pertutran lahjah arab mesir walaupun tidak berapa fasih untuk bertutur dalam lahjah itu. Agak berbeza sedikit lahjahnya dengan lahjah jordan.Kalau nak membeli pun perlu kepada bantuan juru bahasa.

“Boleh saya lihat mashaf itu?” Pintanya sambil memangku anak perempuan kecil.

Saya terus menghulurkan kepadanya. Dia mengambil dan mengucup mashaf itu. Saya hanya tersenyum melihat kelakuannya. Mashaf itu dibelek-belek isi, lalu mak cik itu cuba berkata sesuatu kepada anak gadisnya.

“Dia pun hafaz quran.” Mak cik itu kembali bersuara sambil menjuihkan mulut ke arah anaknya. Anaknya tersenyum tanpa suara.

“Berapa juz dia hafaz?” Saya cuba memberanikan diri menyoal.

“Hafal berapa juz?” Soal mak cik itu kepada anaknya. Anaknya bersuara perlahan. Matanya memandang ke kiri saya tanpa menoleh kepada kami berdua. Comel.

“Ihda asyar (11 juz).” Jawab ibu itu menguatkan kata-kata anaknya.

Saya hampir terpelangah! Saya dan atfi berpandangan sesama sendiri. Senyum kami sedikit tawar bercampur rasa malu.

“Allah, kecil begini dah hafal berbelas juzu’.” Bisik hati – ketakjuban.

“Umurnya 4 tahun.” Mak cik itu kembali bersuara. Saya bagai terasa malu untuk memandang wajah anak kecil yang berkulit itu. Sedikit debu membedaki wajahnya. Seperti jauh bermusafir merempuh waktu.

Bas berhenti di sebuah persimpangan jalan.Atfi memberi isyarat kepada saya untuk turun. Kami segera menuruni bas dan meninggalkan mak cik itu dengan salam.

“Agaknya kalau budak umur 4 tahun di Malaysia mesti dah masuk majalah.. Di sini bercambah, dah biasa.” Atfi kembali membuka cerita sambil mempercepatkan hayunan kaki melangkah.

“Bukan kita nak kata,tapi memang realiti.” Saya memberi konklusi.

Sebenarnya kita juga boleh. Kita juga berupaya untuk menjadi seperti mereka. Tidak mustahil anak cucu kita sudah mampu menghafaz al-Quran sedari umur 4 atau 5 tahun. Pembudayaan al-Quran di dalam kehidupan harian wajar diterapkan, tanpa sedikit pun rasa keraguan.

Kerana al-Quran diturunkan bukan untuk disempadankan, tetapi ianya adalah untuk semua. Seluruh umat Islam berhak bersamanya.

KALAMULLAH DI SEGENAP PENJURU

Bermula awal pagi lagi sudah kedengaran alunan bacaan al-Quran melalui corong-corong radio. Bacaan al-Quran yang dialunkan oleh Qari, menerobos di celahan dedaun tingkap rumah. Tenang dan mendamaikan.

Apabila kaki melangkah masuk ke dalam pengangkutan awam seperti teksi, pasti mereka akan memasang ayat suci al-Quran jika tidak ada lagu diputarkan. Mashaf al-Quran turut diletakkan bersama di hadapan (berdekatan stereng). Meskipun di dalam pengangkutan awam seperti teksi, mashaf tidak lekang berada di sisi pemandu.

Bahkan kedai-kedai yang berjujut di sepanjang jalan tidak ketinggalan mengalunkan kalamullah. Masuk saja ke dalam kedai, pasti kedengaran ayat al-Quran di putarkan, samaada melalui siaran tv ataupun radio. Bermula sekecil-kecil gerai seperti gerai menjual buah-buahan sehinggalah ke gedung-gedung besar, senantiasa masyarakat jordan setia bersama al-Quran yakni mendengar ataupun membacanya jika waktu terluang.

Konklusinya, setiap tempat samaada di dalam pengangkutan awam, bas, teksi, kereta,, kedai, tepi jalan atau di mana-mana saja pasti kedengaran kalamullah dialunkan. Allahu Rabi.. Sungguh luar biasa mukjizat-MU kepada Rasulullah SAW ini!

PETUNJUK SEPANJANG ZAMAN

“Setiap kisah di dalam al-Quran ada pengajaran dan ada bukti.” Jelas doktor nimir seorang pensyarah ketika memberi penerangan kepada para pelajar dalam kuliahnya.ketika itu beliau membaca dan menafsirkan ayat 248 daripada surah al-Baqarah.

“Al-Quran mengandungi suruhan, hiburan dan khabar..” Sambung doctor nimir lagi sambil menunjukkan isyarat tangan.

Benarlah, al-Quran itu adalah lembaran ayat-ayat Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW lengkap dan sempurna. Kesyumulannya mencakupi segenap lapangan manusia. Bertautlah dengan al-Quran selama-lamanya. Tidak rugi dan merugikan kita.

“Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) Yang menerangi (segala apa jua Yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan Yang kekal di akhirat kelak).” (An-Nisa’: 174)

Al-Quran adalah cahaya (نور). Cahaya yang diturunkan Allah buat keseluruhan umatnya. Lengkap membatasi antara perkara halal dan haram.

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) Yang jelas nyata keterangannya.” (Al-Maidah: 15)

Al-Quran mengandungi penjelasan (مبين). Iaitu penjelasan yang menzahirkan kebenaran dan kebathilan.

“Dan Kami turunkan Dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat suci Yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang Yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang Yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.” (Isra’: 82)

Al-Quran ialah penawar (شفاء). Penawar yang mengubati keseluruhan samaada letaknya pada hati ataupun pada tubuh badan manusia.

“Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa;” (Al-Baqarah: 2)

Al-Quran merupakan petunjuk (هدى). Sesungguhnya petunjuk ini merupakan dalil kepada sebuah kebenaran.

Dan Demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) – Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah kami; (Asy-Syura’: 52)

Al-Quran juga adalah roh (روح). Roh yang letaknya di dalam hati dan pada diri manusia itu sendiri. Sesungguhnya, kesemua nama-nama atau sifat yang disebutkan adalah disandarkan pada makna daripada makna-makna al-Quran itu.

IA SEMAKIN MENJAUH

Kesibukkan hidup seharian terkadang melekakan kita dari terus bersama dan menyintai al-Quran. Hatta para huffaz sendiri pun andai ghaflah pada al-Quran beberapa ketika, tentu saja ianya lari menjauh. Menjauh hingga tiada berbekas di dada, kecuali ianya digenggam dan dipengangi kembali sekuat mungkin.

Teringat saya pada khutbah terakhir Rasulullah SAW. Khutbah yang mampu menitiskan airmata, biarpun berkali-kali ianya dibaca. Baginda SAW dengan jelas mengingatkan kita sekalian umatnya (ketika itu sehingga kiamat) bahawa jika al-Quran dan as-Sunnah itu ditinggalkan, nescaya mudahlah untuk terjerumus ke lembah kesesatan. Kesesatan yang mengundang duka dan nestapa selama-lamanya. Nauzubillahhi minzalik.

Ya, saudara-saudaraku, tidak akan ada Nabi atau Rasul sesudahku dan tidak akan ada agama lain yang lahir. Oleh itu dengarlah baik-baik ya Saudaraku, dan pahamilah kata-kata yang kusampaikan kepadamu, bahwa aku meninggalkan dua pusaka, Al-Qur’an dan contoh-contohku sebagai As-Sunnah dan bila kalian mengikutinya tidak mungkin akan tersesat. (Khutbah Wida’)

Ya Allah, Ya Rabbi. Engkau berilah kehormatan tertinggi padanya – kekasih-MU. Kerana kelak, dialah penghulu kami. Bersamanya juga ada syafaat yang menghindarkan kami daripada api neraka-MU Ya Allah. Allahumma solli ala Saidina Muhammad, wa’ala alihi wasohbihi ajmain.

Justeru, tebarkanlah al-Quran ke serata alam sebelum hari pengakhiran menjelma kelak. Maka bacalah, tadabburlah, hayatilah dan beramallah. Tidak memadai hafalan tiga puluh juzu’ tanpa amalan. Amalan itu pula biarlah selari dengan apa yang diajarkan, yakni ilmu yang sahih lagi benar.

Kerana al-Quran selain dijadikan bacaan dan hafalan, ianya diturunkan untuk menunjuki jalan. Selama-lamanya. Berbahagialah bagi mereka yang mengetahuinya.

______________________________


p/s: Jika anda dalam keadaan serabut ataupun tidak mendapat ketenangan,maka dekatilah kalam allah ini.Dan ialah sebagai pengubat dikala duka.Bukan membaca ayat-ayatnya dengan hanya sekadar meniti dibibir mulut sahaja,bacalah ia dengan sepenuh hati dan menghayati.Pasti kamu menemui ketenangan darinya.

Disamping itu saya cadangkan,kalau nak mendengar halwa telinga sebagai penghibur dikala tension,cubalah dengar sebuah nasyid dari kumpulan raihan,tajuk nya "rayuan rindu".Saya selalu mendengar nasyid ini yang dikirim oleh seorang kawan melalui email.Mendamaikan...

Selamat mencuba !!.

Read more...

DIRI SAYA

>> Saturday, April 24, 2010


Segala puji ditujukan khas kepada allah yang mentadbir siang dan malam.Tuhan yang maha pemurah kepada sekelian makhluk juga maha mengasihini kepada sekelian hambanya.Seluruh alam bertasbih dan memuji akan kebesaran dan kehebatannya dalam mengatur alam.Bersaksilah alam bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu rasulullah.Sekalung bunga selawat dikirim kepada jujungan besar nabi allah Muhammad SAW ,keluargan dan sekelian sahabat baginda radiallahuanhum ajmain.

Ketika laungan azan berkemundang di waktu subuh yang hening,lahirlah seorang bayi yang belum mengenal erti kehidupan dunia.Tanggal 28 Jan 1989 detik kelahiran hamba allah yang bernama Muhammad arif azfar b Md Ashari.Tangisan mengiringi kelahiran kerana takut jika hadirnya diri yang lemah ini akan menjadi seorang hamba yang dimurkai allah.Detik kelahiran saya tidak disambut dengan sebuah keraian yang mewah dan gempita,juga tidak dikelilingi dengan dengan emas ataupun pemata tetapi disambut dengan air mata kesyukuran seorang ibu dan rasa kasih sayang seorang ayah yang penuh dengan kebahagian.Dibesarkan dalam jagaan kedua orang tua yang amat mendahulukan ajaran agama dari kemewahan duniawi.

Muhammad Arif Azfar nama diberi yang membawa erti ‘’yang arif’’ dan ‘’yang melaksanakan’’ menjadi pilihan oleh kedua ibu bapa.Cukuplah dengan nama yang memberi erti ini sebagai taruhan berbanding dengan sebuah bukit emas ataupun segudang permata yang melalaikan jiwa.

Kesederhanaan didikan orang tua mengundang rasa untuk terus berdikari tanpa mengharap belas dan bantuan orang lain dalam melaksanakan urusan peribadi bilamana usia meningkat dewasa.Dengan kesederhanaan itulah saya mengenal erti tidak berputus asa,yakin pada kemampuan diri dan tawakkal kepada allah yang mentakdirkan segalanya.Cuba untuk tidak bergantung kepada manusia selagi mana kudrat ini diberi oleh allah.

Mula mengenal sebuah erti kehidupan dalam suasana sebuah keluarga yang tidak diajar dengan kemewahan dan kesenangan.Mungkin tidak sama dengan kanak-kanak lain yang diusia mudanya mudah mendapatkan apa yang diingini,tetapi sebaliknya pula pada kami adik beradik,mungkin begitu perangcangan orang tua.Kepentingan untuk memiliki sesuatu barang dan manfaatnya pada diri itu yang diajarkan supaya diambil kira terlebih dahulu dari kehendak yang didorongi nafsu semata.

Ini menyebabkan kotak permainan kami,pistol mainan mahupun play station yang menjadi kebanggan kepada sesiapa yang pernah memegangnya apatah lagi memilikinya pada waktu itu tidak banyak dikumpulkan didalam rumah.Mungkin pada mereka perkara inilah yang menjadi penghibur dikala bosan.

Bagi kami,cukuplah dengan gurauan sesama adik beradik,belaian kasih sayang ibu dan nasihat hikmah dari seorang ayah sebagai penghibur hati dikala kekosongan.Bekalan nasihat itu yang disemat kukuh kedalam hati ketika melangkah keluar kesekolah.Ia adalah pembakar semangat dalam menuntut ilmu disekolah.Selalu saya sematkan pesanan kedua ibu bapa ‘’pergi dengan sejuta harapan,pulang dengan segunung kejayaan’’supaya bilamana keputusan peperiksaan keluar,ianya dapat membanggakan kedua orang tua.

Ternyata sangat bersyukur dengan didikan kehidupan yang diajar walaupun terkadang terasa iri hati kepada sahabat yang mampu memiliki permainan yang mahal lagi hebat.Juga pernah terlintas alangkah beruntungnya jika daku dapat memiliki permainan seperti mereka.Tapi itu mungkin hanya dipandang dengan mata kasar insan.Jika diselami dengan sebetulnya,kehidupan ini tidak selalunya cerah.Jadi alangkah indahnya jika kita pernah merasakan erti kesusahan dan kesabaran dalam hidup yang mengajar kita untuk menempuh hari yang bakal mendatang di kemudian nanti.

Pernah satu ketika dahulu,saya menangis teresak-esak diribaan umi dek tidak tahan dengan leteran abah kerana tidak pergi mengaji dan lupa menghafal sifir.Mujurlah ada tempat untuk mengadu kasih diribaan umi walaupun saya tahu marah abah bukanlah bermaksud membenci tapi kerana sayangnya demi kebaikan diri ini jua.Bermula saat itu saya tidak berani lagi ponteng mengaji dan sentiasa mengilik buku matematik dan bahasa inggeris takut disoal secara mengejut.

Dalam mendidik anak-anak, umi dan abah tidak pernah jemu menyelitkan unsur agama sebagai asas untuk hidup. Begitu juga keperluan pendidikan, mereka sanggup bersusah payah hanya semata-mata mahu melihat anaknya berpendidikan dan membesar dengan sempurna, bukan hanya tahu membaca dan mengeja malah lebih daripada itu pengharapan mereka.

“Lisanun lidah, anfun hidung, uzunun telinga, sya’run rambut, lehyun janggut…” Nyanyi umi sehingga kini masih berbisik ditelinga saya. Bernyanyi-nyanyi syahdu. Serasa begitu segar sekali bicaranya mengajar saya ketika usia menginjak pra-sekolah.

Kasih sayang dan didikan yang dicurahkan oleh umi dan pengorbanannya yang tidak pernah diminta bayaran ataupun balasan membuatkan saya lebih memahami erti kasih sayang dari seluruh isi harta dunia.Walaupun dalam kepenatan pulang bekerja,umi tetap dengan wajah yang ceria dan tenang.Ingin sekali saya hadiahkan kepada umi rembulan purnama yang bersinar cerah sebagai balasan atas pengorbanan dan kasih sayang yang tidak pernah berkurang kepada kami semua.

Terima kasih umi atas kesabaran dalam mendidik kami.

Wataknya yang tegas sesekali dalam mendidik membuatkan saya mengenal erti seorang insan bernama lelaki.Itulah seorang ketua keluarga yang banyak mengajarkan kepada saya erti tanggungjawab.Ianya menyerap ke dalam sanubari saya untuk lebih mengerti watak seorang pemimpin. Setiap gerak-gerinya membuatkan saya terfikir sendiri, dan kadangkala sengaja dipertontonkan kepada anak-anaknya agar tahu mengabdikan diri kepada Ilahi selaku abid di muka bumi.Terkadang saya melihat banyak kerutan di dahi abah tetapi tiada pula keluhan terdengar disebalik kerutan itu.Mungkin itulah bebanan dan masalah masyarakat yang ditaklifkan kepadanya untuk diambil tahu dan diselsaikan dengan semampu mungkin.Bila melihat abah dikelilingi lautan manusia untuk mengadu masalah saya termenung sejenak dari jauh,

’’abah ni tak penat ke untuk fikir masalah manusia lain?lebih baik tumpu keluarga dari memikirkan masalah diaorang’’..berfikir sendirian.

Tapi itulah yang mengajarku bahawa kesenangan bukan untuk dinikmati seorang dan kesusahan orang lain bukan untuk dilupakan.

Selalu dipesan olehnya ketika mana sempat bersembang berkaitan kaedah atau cara perniagaan,pengiraan hartanah,perumahan dan sebagainya yang ada berkait dengan bidangnya.

‘’Semua nikmat allah yang kita dapat mesti selalu bersyukur.Ramai dalam kesusahan diluar sana.Yang susah bukan untuk dibiarkan susah,kena tolong!!’’.Pesannya.

''nak motor dapat''

"nak kereta dapat.siap tukar-tukar lagi ".

"nak duit hulur tangan saja''

"Tapi orang lain susah diluar lagumana kita tok tahu?makan ke mereka,atap rumah bocor ke.Yang penting,kita yang senang kena tolong hok susah''.

"Bersyukur dan sentiasa menolong yang susah ! " Nasihat ini disemat kukuh dalam kotak ingtan supaya berjalan di bumi tuhan tidak berlagak dan bermanfaat kepada makhluk tuhan yang lain.

Melayari kehidupan dunia bukanlah semudah yang dipandang.Hidup perlu kepada kecekalan dan sabar yang teguh seiring bergantung harap kepada tuhan sekelian alam.Itulah yang dapat ditafsirkan dalam melihat tingkah laku seorang bapa yang menjadi ketua keluarga kepada kami semua.

Segala kesenangan yang dilimpahkan oleh allah dalam kehidupan ini diharap tidak melekakan diri dan lalai dari menjadi seorang hamba yang patuh kepadaNYA,anak soleh yang tidak mengguriskan walaupun sekecil benang akan perasaan dan hati kedua ibubapa dan hamba yang mampu memberi manfaat kepada insan lain supaya kehadiran daku didunia yang sementara ini ada nilai disisiNYA dan bukan menjadi pemberat bumi allah semata-mata.

Biar tidak berharta tapi berilmu..

Biar tidak ternama tapi berakhlak..

Biarlah mundur pada nilaian mata dunia daripada menjadi seorang hamba allah yang dicemuh olehNya..

Read more...

ATURAN ILAHI

Begini ceritanya....

Di sebuah kampung di pedalaman. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.


Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempe yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi sepenuhnya .Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa ,

"Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.


Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi.

"Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe , Amin"

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Mahu melihat apa yang terjadi.Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!!

Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.

"Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengkabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi.Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun terkejut seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe .Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe , tempe mereka sudah hampir habis.

Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh disudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir,

"Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.


"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya.

"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"

Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di luar negara teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke Jordan , si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di sana nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan Allah. Tuhan.

Itulah percaturan yang maha mengetahui.!!

Allahu akbar.

p/s:

1. Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

2. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

3. Tiada yang mustahil bagi Allah, KERANA DIA LEBIH TAHU APA YANG KITA PERLU DARI APA YANG KITA MAHU

4.Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita, sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah paling mudah... menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU , menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan.


........................................................


Pesanan ikhlas dari penaja : Kepada member2 satu pengajian yang ada perancangan ‘’khas’’ bila pulang ke Malaysia nanti,kalau tidak kesampaian hajatnya itu maksudnya, tempe kamu bukan tidak menjadi tapi belum sampai masanya lagi.Bersabar dan berdoa.


Jangan gopoh-gopoh sangat.Rilek-rilek sudah !! Hehe..

Read more...

UJIAN ITU MENDIDIK DIRI


‘’Abdul,hok ni nak kerat lagumana?bahaya daun buah salak ni.takut duri kena tangan.Dah la duri tajam’’Tanya saya kepada achik cara untuk memotong daun salak yang berduri tajam.

Daun salak ni kena potong dari bowoh lagi,baru cantik tandan buah hok keluar nanti’’Ajarnya sambil menunjukkan cara pemotongan kepada saya untuk mengerat daun yang berduri itu.

Oo0..lagutu,manala aku tahu kaedahnya sebab aku jarang mari sini’’ kata saya membela diri supaya tidak malu kepadanya walaupun cara memotong daun tersebut mudah sahaja.

‘’Hidup dalam kesenangan dan mewah pun susah jugak dih?’’kata achik memecah kesunyian alam hutan yang tenang bertemankan kedamaian

‘’Hidup senang pun susoh?’’Sengaja saya mengulangi ayatnya semula.

‘’Ia lah,kalau sokmo dah seney,lagumana nak tempuh susah.Kalu tok biasa dengan susah,tok tahu nak hargai kesenangan’’ Terangnya secara lebih mendalam.

‘’Mu oyak ko aku ko tuh’’ Tanya saya seolah katanya tadi seakan mengenakan diri saya.’’Tengok,sapo hok banyak sekali kerat batang salak ni.Mu ko aku?’’Soalku kepada achik selaku adik yang lahir selepas kehadiran saya di alam fana’ ini.

‘’Memey la mu banyok sebab mu potong mudoh-mudoh jer’’ Jawabnya membidas.Kalau dibandingkan deretan pohon salak yang dipotong oleh saya dan dia,Sememangnya saya lagi cepat dan banyak.Tapi jika dilihat dari sudut kekemasan mencantas daun berduri itu tidak dinafikan dia lagi tinggi markahnya berbanding saya walaupun lambat sedikit.

‘’Jaga mu,nati sapa kat rumah aku wrestling mu’’ Sengaja saya memberi amaran kepadanya supaya tidak memberi ayat makan dalam lagi.

Serentak itu tawa kami bergema seiring siulan burung yang bertasbih dan bertahmid memuji kesempurnaan alam ciptaan allah taala.

Bila bersama dengannya,gelak saya susah untuk berhenti.Begitu juga lah padanya.Ada sahaja cerita yang mengundang gelak besar yang susah untuk berhenti.Walaupun ia nya hanya cerita seekor semut,kalau kena dengan sususan cerita yang mencuit hati kami berdua,pasti akan ketawa tersedu-sedu.

Ada orang kata,kalau asyik ketawa leka.Tapi apa lah yang saya mampu buat.Memang itu kemesraan yang terjalin antara kami berdua sejak dulu lagi.kemesraan ikatan adik beradik.Bila berada dalam keadaan tension,cukuplah bergurau senda dengannya sebagai penghibur hati.Pasti ianya membawa bahagia.Itu belum ada 'sem' (abang sulung) yang join satu meja.Kalau cukup 3 beradik ini,pasti roboh tiang rumah dek gelak ketawa.

……………………………………………………………………


Manusia terkadang akan alpa dan semestinya lupa kepada allah jika tidak diuji dengan kesusahan dan keperitan hidup.Ada yang menjadikan kesusahan hidup itu sebagai medan untuk melatih diri dan persiapan untuk bersyukur kepada allah bila tiba hari dan waktu kesenangan.Tidak kurang pula yang asyik mengeluh dengan kesusahan dan kesulitan ujian allah yang ditimpakan keatasnya.Keluahan dan putus asalah yang menjadi sandaran kepadanya bila didatangi ujian yang tidak mampu untuk ditempuhi.

Sifat manusia sememangnya begitu.Bila mendapat sesuatu nikmat kesenangan bagaikan dilupai kepada zat yang mengurniakan nikmat .Ucapan syukur kepada pemilik nikmat itu terkadang lupa untuk dizahirkan walaupun ianya sekadar mengucapkan kalimah ‘alhamdulillah’ .Seakan hasil kejayaan yang digenggam itu adalah dari usaha dan kehebatan dirinya sendiri.Apabila kesulitan pula menjelma,segalanya disalahkan kepada takdir dan ketentuan percaturan dunia.Seakan nasib tidak menyebelahi diri.Kecelakaan yang terjadi amat tidak adil pada nilaiannya lalu disalahkan qada’ dan qadar yang sejak azali sudah menjadi ketentuan apa yang berlaku samada baik atau buruk tidak kira masa dan ketika.

Mungkin kita semua sudah melakukan yang terbaik untuk mendapatkan natijah dan keputusan yang setimpal dengan usaha dan tenaga,akan tetapi tidak selayaknya bagi kita selaku hamba yang meyakini kepada allah dan juga beriman kepada rukun iman yang keenam menjadi penghukum dan penentu kepada segala takdir yang berlaku diatas usaha yang dilakukan walaupun keputusan yang diterima adalah sebaliknya.

‘’Aduhh,apala nasib badan….sepatut aku dapat begini sebab usaha aku begitu.’’ Rungutnya

‘’asyik benda buruk aje yang datang kat aku.Lepas satu-satu ujian yang ada.susah la hidup macam ni…’’keluhnya berpanjangan.

Tidakkah kita merasa bila mengucapkan kalimah diatas seakan sedang menyalahkan Allah yang menetapkan dalam segala hal ketentuan kepada makhluk.Cumanya mujurlah tidak secara terang-terangan kita menyebut allah adalah punca kesusahan itu ,’nauzubillahi min zalikk’ .Mujurlah masih dapat mengawal emosi dan perasaan ammarah yang sedang memanipulasi keimanan diri.Samada sedar ataupun tidak,sebenarnya tindakan sebegini akan membawa kepada syirik dan merosakkan akidah islam yang tersemai dalam diri.

Begitulah kebanyakan orang kita yang mengakui bahawa beriman kepada rukun iman dan islam sebagai asas kehidupan tetapi bila didatangi ujian dan bala,semua asas muslim yang diyakini itu lenyap dibawa arus kemarahan dan kebencian terhadap nasib yang telah termaktub pada ketentuan ilahi.Rukun iman yang keenam iaitu percaya kepada qada’ dan qadar itu seakan hanya untuk diketahui bukan untuk diselami dan difahami selaku hamba yang amat bergantung kepada allah.

Sebagai manusia kita amat perlu meyakini bahawa setiap kesenangan dan kesusahan itu ada hikmah dan pengajaran.

Firman allah dalam al-quran,

‘’Dan tidaklah allah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia’’.


Samada senang mahupun susah kedua-duanya datang dari allah.Kenapa begitu mudah kita menilai bilamana senang terus disandarkan kepada diri dan bila susah segalanya ditunding kepada nasib.Bukankah segala nasib itu datangnya dari allah?Dalam menempuh ujian dan pancaroba kedunian ini,hendaklah dipasakkan dalam diri bahawa setiap kesenangan ataupun kesusahan itu adalah tarbiah dari allah.Barulah tidak tergelincir keimana dan aqidah dengan sebab keluhan dan menyalahkan takdir semata-mata.Saya teringat kata-kata pensyarah dalam kelas ekonomi islam minggu lepas.

Katanya…

‘’Susah senang dalam hidup ini seperti kemarau dan hujan,kalau asyik hujan selalu terlampau basah pulak bumi.Kalau asyik kemarau sahaja kering kontang pulak tanah.Kedua-duanya saling diperlukan untuk membolehkan pokok zaitun tumbuh dan berbuah’’.

Begitu jugalah dalam kehidupan dunia ini yang segalanya dijadikan dengan bersebab.Perumpamaan mudah yang allah berikan kepada manusia melalui iklim cuaca sudah memadai untuk manusia yang berakal mengerti setiap hikmah kejadian keatas mereka.kesenangan adalah untuk kita mensyukuri diatas pemberian kurniaan nikmat allah.Kesusahan pula didatangkan supaya manusia menghargai setiap saat nikmat yang dikecapi dan hasilnya akan terbitlah dari pokok tarbiah ujian buah yang diberi nama ‘syukur’ bersama dedaun tawakkal dan tawadhuk yang menghiasi pohon tersebut.

Seandai kesenangan tidak ditemani kesusahan,maka tiada indahnya sebuah perjalanan kehidupan insani sepertimana seorang yang sentiasa berada dalam cahaya lampu tidak akan berasa bergunanya cahaya dari lampu tersebut bila berada dalam kegelapan walau hanya sekadar memetik suis di dinding untuk menyalakannya.

Oleh itu,dalam segala hal jangan mudah untuk mengeluh dan berputus asa.Letakkan tawakkal dan ‘husnu zhan’ kepada allah jika kesulitan datang menguji diri.Tanamkan kesabaran supaya ianya mengalir bersama saraf keimanan dalam diri dan yakinlah bahawa itu adalah tarbiah ujian yang sengaja dihantar kepadamu untuk menempuh hari yang bakal mendatang.

Firmannya:

‘’Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri’’.

( AL-HADID:22-23)

Sabar,tawakkal dan husnu zhan kepadanya adalah kaedah yang terbaik untuk mendapat ketenangan bilamana dihujani kesusahan.Ada hikmah dan pengajaran yang bakal kamu fahami disebalik siratan takdir itu.Sengaja dicuba dengan ujian walaupun ditempuh bersama muka yang muram dan hati yang berduka untuk disuatu hari nanti bilamana kamu mengerti maksud ujian tersebut,kamu akan bersujud mengucap syukur yang tidak terhingga kepadanya diatas ujian yang datang sewaktu ketika dahulu .

pasti!!!

Read more...

DUHAI AYAH..

>> Friday, April 23, 2010

Suatu ketika, ada seorang anak yang bertanya kepada ayahnya,tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya. Anak itu bertanya pada ayahnya.

"Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?"

Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.Si ayah menjawab

"Sebab aku lelaki."

."Aku tidak mengerti".
Anak itu berkata sendirian.

Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan. Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan.

"Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki."

Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.
Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya.

"Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit ?"

"Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian."Begitu ringkas si ibu menjawab.

Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok.Hingga pada suatu malam, dia bermimpi.

Di dalam mimpinya itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.


"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."

"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."

"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya".

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya."

"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat
dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya".

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan

pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga , agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.

"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah.".ucap si anak dengan penuh hiba dan sayu.

Bila ayah anda masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira.Pernahkah melihat titisan peluh yang mengalir dari dahi ayah akibat kepenatan,dan bila si ayah melihat anak berlari mendapatkannya terukir senyuman dari wajahnya walaupun dalam hujanan peluh.Inilah kasih seorang lelaki yang bertakhta ayah.Walau susah sekali pun tugasnya sebagai seorang ayah,tetap dipikul demi keluarga tersayang.

Untukmu abah,walau kami jarang mendengar ungkapan ’sayang’ keluar dari mulut mu,tapi kami tetap mengerti abah amat menyangi kami.Titisan peluh dan keringatmu yang kami lihat sewaktu dibangku sekolah dulu dapat kami tafsirkan seiring usia yang mendewasakan kami.Didikan dan teguran darimulah yang telah mencorakkan diri kami sebagai seorang insan yang berguna seperti sekarang. Ingin kami persembahkan segunung kejayaan kepadamu supaya penat jerihmu terbalas sewaktu ketika dahulu dan kami tahu hanya kejayaan itu yang kamu harapkan dari kami.





Kasih ayah membawa kesyurga


''Tuhan,andaikata seluruh kebaikan yang engkau takdirkan kepadaku dalam hidup ini akan engkau kurniakan dikemudian hari nanti,maka kurniakanlah ia kepada kedua orang tuaku sebagai ganti kerana mereka lebih berhak memilikinya dari diriku''.

Taatilah mereka kerana syurga allah pasti menanti.


..........................................................


p/s : Saya ada seorang kawan,ibunya sudah bagi lampu hijau untuk dia melaksankan impiannya,tapi bapanya pula masih lagi diantara dua.Kalau diizinkan nanti berjauhan dengan anak kesayangan,kalau tak bagi memang sudah tiba masanya.Nasihat saya kepada sesiapa yang dalam keadaan begini,Selagi mana kedua ibubapa kita tidak mengizinkan keatas satu-satu perkara,bersabarlah.Pasti ada hikmah yang tersirat disebalik itu.

Kerana merekalah kamu dapat mengenali erti sebuah kehidupan.

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP